Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









Kata-kata itu subjektif
Sunday, November 13, 2011 | 10:15:00 AM | 0 comments
Bismillahirrahminrrahim tutur pemula bicara.

Aku menulis untuk diri aku. Bukan untuk kamu. Bukan juga untuk orang depan, dibelakang, kiri, kanan mahupun orang sekeliling. huh, macmlah ada orang nak baca tulisan aku. Ahhh~ aku peduli ape..

Aku merenung ke luar jendela, melihat jalanraya yang meninggi akibat dipenuhi air yang jatuh dari langit. Banyaknya lopak-lopak air menutupi permukaan jalan. Banyak. Jika dicantumkan kesemuanya pasti mampu jadi tasik yang didalamnya terkandung si penghuni damai.


Alhamdulillah. Hujan turun lagi. Lebat! Biasalah musim tengkujuh memang begini. Aku sudah masak dengan perubahan Geografi yang dialami negeri-negeri pantai timur. Setiap hujung tahun sama situasinya. Beginilah musimnya. Nyaman sekali. Aku sudah lali. Sebab sudah 2 tahun aku disini menyambung pengajian yang masih berbaki lagi setahun setengah. InsyaAllah.

Mata aku berkelip. Menyedari sesuatu. Aku mesti bangkit. Tak boleh terus begini leka.

"Nota sudahpun didepan mata. Tunggu apa lagi?" Aku bagaikan orang buta yang mencari tongkatnya yang hilang. Padahal tongkat yang dicari tak pernah hilang. Hanya terjatuh dan jaraknya hanya sejengkal dua saja. Begitulah ibaratnya aku.

Aku membelek-belek helaian nota. Mencari sesuatu yang baru untuk dipelajari. Sekadar mengisi hari agar tidak lagi terasa bosan dan kosong lagi.

Aku sendirian melayan diri. Seolah memberi kesempatan untuk aku jalani kehidupan ber'privacy'. Tanpa diganggu. Melainkan nyamuk belang yang sudah kebiasaannya menjamah jari-jemari kaki. Tak pelik. Sudah tabiatnya begitu.

Mana perginya mereka? Sahabatku yang lain? Biasa tak begini. Dari tadi sunyi. Sunyi sepi floor aras 2 ni. Ntahlah. Mungkin mereka juga seperti aku. Mungkin juga tidak. Biasanya pada waktu-waktu sebegini selimut dan bantal lah yang setia menjadi teman sejati. Ya..Kemungkinan itu ada.

Biarlah. Biarkan mereka. Sejam dua lagi berbunyi la tu. Pabila perut sudah mulai pandai menyanyi, adalah yang datang mencari. Apa saja. Asalkan bisa mengisi dendangan alunan itu. HAHAHaha...biarpun tak pernah kedengaran merdu.

Halaman demi halaman aku selak. Menconteng sana sini. Apa saja yang dirasakan perlu. Penuh. Biarpun dihujung sudut. Otak ni yang dari tadi berputar ligat memproses data. Akhirnya menemukan halaman yang penghabisan. Alhamdulillah, khatam sudah satu bab. Untuk saat-saat dan minit yang berdetik hari ni, aku puas. *Syukur.

Hujan membawa rahmat. Bagi kita yang beragama islam sejahtera. Mungkin dikala hari hujan membawa aura  positif bagi sesetengah manusia. Pendorong semangat dan galakan untuk gemilangkan diri. Itu pada aku. Mungkin lain pula kata kamu.

Kerana Pendapat dan kata-kata itu subjektif. Sehingga ketemu lagi  ^__^ bai.