Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









Bazaar = pembaziran. Betul ke?
Friday, August 19, 2011 | 12:57:00 AM | 1 comments

Assalamualaikum.


Hari ni aku just nak share dengan korang pasal pembaziran. Ke ada kat sini yang still tak tau apa yang dimaksudkan dengan word keramat ‘membazir’ tu. Meh sini meh, aku nak nak kasi tau sket. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud membazir ialah hal (keadaan) yg berlebih-lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yg tidak perlu. Haa..simple kan? Kalo masih tak faham lagi sila tampar muka orang sebelah tu laju2 then baca balik maksud tadi ok..ekeke


Mesti ramai yang pernah dengar orang cakap kalo membazir tu sahabat setan…sebanarnya ayat tu dari ayat Quran dalam (surah al-Isra’ ayat ke-27)

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”

Sebenarnya amalan membazir sangat sinonim dengan masyarakat melayu n islam bila menjelang nya bulan Ramadhan. Tak kalah juga di bulan Syawal. Rasa macam takde pape yang berlaku bila duit yang korang kumpul selama berbulan2 bertahun2 senang2 je dihulurkan macam asap enjin lori pakcik DBKL tu. Berkepul-kepul laju je keluar then menghilang (apatah lagi duit tu datang dari parents or bukan dari hasil titik peluh sendiri).


Selalunya bila bukan bulan puasa bila tengok je nasi lemak kukus dengan ayam percik tu tak terliur pun nak beli kan. Sekali bila Ramadhan menjengah, nah! Kalau boleh satu bazar tu habis nak diborongnya. Sampai tak cukup tangan nak bawak. Dengan nasi kerabu, mi goreng, roti john lagi. Air tak payah cakap la. Kalau boleh sampai 5 colour nak beli. Seolah-olah dijadikan bulan mulia ni seperti pesta makan pulak. Sepatotnya di bulan Ramadhan ni lah kita digalakkan untuk berjimat.


Kat bawah ni aku ada sediakan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan daripada membazir. Renung2 kan.


1.      Lewat-lewat kan diri ke bazaar Ramadhan. Kalau boleh dalam pukul 6.30 baru gerak. Takpun kalau rumah korang dekat ngan bazaar dah nak berbuka baru seraang. Jangan pergi awal sangat. Nanti korang akan dengarlah “air dua singgit dik, belilah. Dah nak berbuka pun.” Haa.. untung kan?

2.      Jangan bawa duit berlebihan. Bawa cukup2 je. Aku nasihatkan bawa rm5 je. Beli nasi apa yang korang nak, plus air dan kuih sikit. Kalau ada membe yang tetiba hantar mesej nak suruh kirim belikan makanan, cakap je duit tak cukup. Sebenarnya taktik je tu.haha

3.      Yang ni tips paling senang. Kalau korang ikut no3 ni mesti menjadi punya lah. Tak payah pergi bazaar langsung. Duduk je kat rumah tu diam2. Masak sendiri lagi jimat. Stok kurma banyak lagi kan. So, jangan nak membazir beli apa yang tak patot kat luar tu.

4.      Korang tambah lah sendiri. Rasanya korang lagi arif kot dari aku.

5.      Pilih je yang mana korang suka. Yang mana boleh ikut, ikut. Kalau tak boleh, tak payah ikut. Senang.


Tapi jika anda pandai kawal aliran keluar masuk duit tanpa berlakunya pembaziran bila ke bazaar ramadhan aku ucapkan tahniah. Keep it up yea!

Sekadar berkongsi. Wassalam.