Aku si pengembara ilmu
Saturday, November 12, 2011 | 1:20:00 AM | 2 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Aku sama seperti kamu. Kamu manusia, begitu juga aku. Kamu mahukan bahagia, begitu juga mahunya aku. Kamu mahu kaya, harapan itu juga kupastikan akan jadi kenyataan. Namun cerdik? Itu yang masih belum aku dapatkan. MENCARI itu pasti. USAHA itu mesti.
Aku tak bodoh. 2x5 aku masih tau apa jawapannya.
Mana aku tahu? Seawal umurku 5 tahun lagi aku telah di hantar ke sekolah menuntut apa jua ilmu yang ada diserata alam ciptaan Yang Maha Esa. Tak cukup dengan itu, parents hantar lagi ke pusat tuisyen. Juga ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu fardhu ain. Telah aku katakan, aku juga sama seperti kamu.
Tapi semua itu untuk apa? Sekadar meghabiskan duit mak ayah yang kerja tanpa lelah hingga tak boleh bezakan siang dan malam? Atau untuk mengisi masa anak-anak dengan perkara berfaedah agar tidak wujud kesempatan untuk kearah perkara sia-sia?
Jawapannya mudah...
Segala yang dilakukan tujuannya hanya satu. Untuk lahirkan insan yang bertamadun yang telah diisi sarat dalam dadanya ilmu yang bermanfaat. Memang telah diakui beribu-ribu para ilmuwan telah lahir sejak dari zaman Nabi Adam A.s dulu hingga ke saat ini. Telah berjaya menempa nama di persada dunia dan antarabangsa. Membuatkan generasi baru kini dengan mudahnya membasahkan bibir dengan menyebut nama mereka apatah lagi menghafalnya.
Akan tetapi, sehingga kini aku masih tertanya-tanya masih ingatkah lagi mereka akan barisan nama-nama keramat yang pernah memegang title seorang ‘pendidik’ kepada mereka sejak mereka kenal huruf A-Z, pandai mengira 1-10, mula pandai kenal dan tulis alif ba ta...hingga ke ‘ya’. Aku betul-betul respect lah jika memang mereka boleh ingat dan tulis satu persatu nama barisan pendidik tanpa terkucil walaupun satu. Aku percaya, kini dunia yang digelar IT WORLD, tiada apa yang mustahil bukan?
Hormatilah siapa saja yang pernah bergelar pendidik. Walau pendidikan yang diterima itu secara langsung mahupun tidak langsung. Kerana pendidik ibarat ilmu, tanpanya siapalah kita. Tidak harus dilupa juga bahawa tingginya maruah seseorang itu bergantung kepada tingginya keberkatan ilmu yang dia miliki.
Dunia ini ibarat roda. Tiada noktah. Juga tidak berpenghujung.
Kongsilah apa saja ilmu yang dirasakan bermanfaat dan jangan sesekali kita sombong dengan kecerdikan yang kita miliki.
Sesungguhnya kepandaian dan kebolehan seseorang itu adalah nikmat kurniaan daripada yang maha pencipta. Ketahuilah kamu bahawa ia tidak akan kekal. Malah hanyalah pinjaman sementara. Allah kurniakan kepada sesiapa saja yang DIA kehendaki dan tarik semula pada bila-bila masa yang DIA kehendaki. Seseungguhnya DIA lah yang maha mengetahui.
Kadang-kadang kita berbangga diri kerana sentiasa berada diatas. Tetapi jangan salahkan takdir jika di akhirnya kita berada selamanya dibawah. Fikir-fikirkan.
Aku manusia yang cintakan ilmu. Pabila sang pendidik bertanya, apakah yang mahu aku lakukan selepas ini? Aku pasti menjawab “BLAJA, BLAJA, BLAJA & TERUS BLAJA.” Kamu pula bagaimana?
Ooii tak payah nak julingkan sangat mata tu. Sebab mungkin yang ini aku dan kamu tak sama.