Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









Insan Biasa
Thursday, November 17, 2011 | 7:55:00 AM | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim.


Pagi nan indah. Aku insan biasa. Aku menulis untuk diriku. Apa yang aku tahu. Sebagai pedoman dan peringatan. Untuk diri si pelupa. Aku bukan sesiapa. Aku bersyukur.

Aku insan biasa.

Bertubuh sederhana. Tak kaya. Tak juga papa kedana. Itu semua tak penting. Kerana bagi aku, aku sudah punya segalanya. Aku ada yang Maha Pencipta. Dia pemilik seluruhnya. Termasuk jiwa ku. Jiwa sebagai penulis.

Aku redha. Redha dicampakkan walau kemana jua. Asal aku masih punyai Dia, Pencipta ku yang satu. Aku yakin. Keberkatan mengiringi aku pabila orang tua merestui setiap perbuatan ku. InsyaAllah Allah akan sentiasa bersama hamba-hamba yang sentiasa mengingatiNya. Maha suci Allah. Semoga aku masih meniti di garisan landasan redhaNya.

Aku harus tabah. Itu aku tahu. Sejak dari dulu itu yang mereka pesan padaku.

Namun, hingga saat ini aku masih kabur. Masih tidak jelas kemana arahnya masa depanku kelak.. Ke kiri kah? Atau ke kanan kah? Melalui liku-liku perjalanan kehidupan seolah-olah menyelak asap kabus tebal demi  meneruskan langkah untuk maju setapak kehadapan.

Siapa aku pada 10 tahun akan datang? i'm just folow the flow..Tuhan itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

DOA.. Aku fikir itulah kunci utama.

"Whether right or wrong, i just have to choose on my own. No matter what."

Wahai hamba berjiwa tenang, Gagal hari ni bukan bererti akan tergelincir untuk selamanya. Pengalaman merupakan guru terbaik dalam hidup kita. Ya-Allah, bimbinglah hambamu ini agar aku tak tersilap memiih jalan hidup. Amin..