Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









1 Julai juga hanya pinjaman
Monday, July 1, 2013 | 11:03:00 AM | 0 comments

Ok entry kali ni aku nak serius.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...


1 Julai, selamat hari jadi untuk aku yang ke 23.

Tarikh yang elok dipilih oleh Allah bagi aku peluang untuk melihat betapa indahnya dunia.
Seperti hari hari dan tarikh tarikh yang lain, 1 Julai juga hanya pinjaman dariNya.

Episod lembaran baru dalam hidup baru dibuka. Thanks kepada sahabat yang wish & mohon maaf andai tak sempat aku balas secara zahirnya satu persatu. Alhamdulillah, masih diberi nikmat oleh Allah tiada putus-putus dengan izin NYA. Jadikanlah aku hamba Mu yang tak lupa untuk bersyukur dengan nikmat Mu dan berikanlah kekuatan untuk aku terus bjuang di jalan Mu ya Allah...

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..


Wahai sahabat.
Rakan Blogger, Facebook, twitter, insta  dan sebagainya,


Andai masa dan jarak memisahkan kita. Tapi aku tetap terus perlukan kalian. Aku perlukan sokongan & juga bantuan. Bantu lah aku andai tersalah haluan. Tersesat jalan. Temani aku untuk kembali menuju ke jalanNya. Mohon maaf dipinta(macam ucapan raya lak) andai selama mana kita bersahabat aku ada terlepas kata, tersalah bicara, terkasar tulisan(camana nak lembutkan tulisan?), terguris hati sape-sape semenjak lahirnya blog hikayatserimanja ini hinggalah sekarang. Dua tahun sudah berlalu terasa bagaikan baru semalam. Sungguh aku tak perasan. 

Terima kasih sekali lagi kerana setia menjadi peneman. Tanpa jemu.



Wahai dosa semalam,

Episod lembaran baru dalam kitab hidup seorang pendosa seperti aku.
Astaghfirullah al azim...tenggelamlah seperti terbenamnya mataharimu di petang hari.
Jangan kau berani kembali mencari diriku lagi.

Bersama kita perbaiki iman, perbanyakkan amal.
Ameen..InsyaAllah...