Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









bakal suami...
Tuesday, May 7, 2013 | 12:20:00 PM | 0 comments


Bismillahirahmanirrahim...



aku wanita, dan kau pula lelaki...

oh, bakal suami..siapakah?

seringkali diri ini tertanya-tanya..
siapakah dia yang bakal menjadi pasangan hidup ku
pasangan yang sudi menjadi teman di dunia dan juga di syurga
bersabar lah wahai hati, masanya akan tiba nanti. 


Allah sedang menguji, takkan berhenti.


Ya Allah, jika benar dia cinta padaku
kurniakanlah aku cinta yang luhur 
bukan cinta mainan, bukan nya cinta palsu,
dan bukan jua cinta yang hina


aku cinta dan sayang padanya atas agamanya, peribadinya, akhlaknya, serta keluarganya
jika hilang agama padanya...maka, hilanglah cintaku padanya..
moga-moga aku dan dia, dijodohkan bersama..atas dasar islam..agama suci ini.

aku bukan perempuan yang gilakan harta, bukan jua perempuan yang mendabik dada..
aku hanya insan biasa, hambaMu yang begitu hina


wahai bakal suamiku, 

andai tiba jodoh kita, apa yang ku inginkan...pabila tiba waktu solat,
kau akan mengimamkan aku.. kau menjadi penghulu memimpin doa untuk kebahagiaan kita 
dan aku mengaminkan setiap doa yang kau mohon kepada Allah.


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang,
Aku berharap, jika nanti Allah mempertemukan kita kau selalu membimbingku
Agar menjadi wanita solehah, isteri dan ibu kepada anak-anak yang soleh dan solehah
Kerana aku ingin kita disatukan bukan saja di dunia, tetapi juga di akhirat kelak.


Andai kau ditakdirkan menjadi ayah buat anak anak ku,
Jadilah ayah yang boleh mentarbiah dan mendidik anak kita ke jalan Allah
Agar mereka menjadi anak kebanggaan buat kita dunia dan akhirat
Yang bukan saja hebat di sekolah, hebat didepan mata guru-guru dengan ilmu dunia
Tetapi jua hebat dimata Allah dengan menjunjung tinggi agamaNya.


Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anak-anak ku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumahtangga kita
Kau boleh mencintai dan menyayangi ku apa adanya
Yang tidak menyalah erti kekuranganku sebaliknya melengkapi
Agar cinta kita subur mekar selamanya.


Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayangmu
Agar nanti kau tetap menjadi pelengkap aku dan suri tauladan bagi anak kita


Kerana,
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumahtanggaku
Yang selalu ada untuk membawaku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan menuju syurga bersama dirimu


aku hanya ingin menjadi,

isteri yang solehah
isteri yang dirahmati
isteri yang dikasihi
isteri yang sentiasa dihati
Insyaallah...amin..amin..hanya itu pintaku


wahai bakal suamiku,

siapapun kau sekarang, manager kah? jurutera kah? bos atau majestret? 
tukang sapu atau pembancuh kopi sekalipun, itu semua tak penting bagi aku. 
asal kau ikhlas..itu sudah memadai


yang penting adalah siapa diri kamu semasa melafazkan akad pada majlis pernikahan kita berdua suatu hari nanti. 


sekian, yang ikhlas menunggumu...


Aku, pelengkap tulang rusukmu :')