PRU 13...UBAH ini kalilah!
Sunday, May 5, 2013 | 12:50:00 PM | 0 comments
Perghh sejuk betol pagi ni.
Bangun pagi-pagi dengan niat mahu menunaikan tanggungjawab pada Negaraku Malaysia yang tercinta.
Terlebih excited sebab tahun ni tahun pertama!
Bersiap-siap tak sabar nak pergi beratur di saluran undi..
Yup, tepat jam 8:45 aku sudah pun berada di saluran 5 :-)
Selesai sudah..anda pula bagaimana? |
Jika tidak, jawablah dia akhirat nanti....
Ikuti pengakuan & kenyataan daripada Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din selepas menjalani proses mengundi pagi ini.
Dakwat Tidak kekal pada PRU13
Saya mengundi pada jam 8.25 pagi dengan dicalitkan jari telunjuk kiri saya penuh dengan dakwat kekal. Setelah pulang ke rumah jam 8.50 pagi, saya cuba membersihkan dakwat kekal. Dan saya terperanjat kerana dakwat kekal itu tidak kekal. Hanya dengan basuh menggunakan air biasa tanpa solvent chemical , telah dapat dibersihkan dakwat kekal itu sehingga tidak meninggalkan sebarang kesan. Bagaimana SPR menamakan dakwat itu dakwat kekal? Siapa tipu siapa? Samada pembekal menipu spr atau spr menipu pengundi atau pengundi menipu dirinya? Rakyat memerlukan penjelasan. Sebagai bukti sila lihat gambar2 ini.
nah, terpulang pada diri sendiri bagaimana mahu menilai perkara tersebut. Kita semua dah cukup dewasa untuk berfikir dan berbicara mengenai isu ini.
Tepuk dada, tanya iman ^.^Y