Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









Terrbaaiiikkkkk...4.2 juta ?
Wednesday, July 20, 2011 | 2:55:00 PM | 0 comments


Apa yang 4.2 juta? Gaji bulan ni da masuk ke? Jangan mudah terpedaya. Semestinya tidak...fuhh kalau betul pon tak mungkin sampai berjuta-juta weyh..stop mengarut. Sambung kemudian aje.


Back to the topic..korang mesti da familiar dengan angka ni kan. Takkan tak tengok berita kot. Surat khabar pun da bising sana sini la weyh..kalau malas nak cari tau, meh sini biar aku je cerita. Papepon, kene still amek port gak dengan apa yang berlaku disekeliling kte. Jangan LOSER kan diri anda..


Siri drama  tv3 ‘JUVANA’ catat 4.2 juta penonton. Melakar sejarah apabila mencatatkan rekod penonton tertinggi apabila episod terakhir yang disiarkan pada malam Isnin lalu berjaya mencatat sebanyak 4.2 juta penonton.

Haaa..namapak tak? Aku da tulis besar besar header semata mata nak cte kat korang yang masih tak sempat tau lg tu.


“AKU TIDAK AKAN TERPERANGKAP SELAMANYA”
(Setiap orang wajar diberikan peluang untuk menebus kesalahan yang dilakukan)

Aku pasti ramai yang setiap Isnin jam 9 malam ramai yang dah tercongok depan tv semata-mata nak layan cte Juvana ni kan. Semua tak sabar-sabar nantikan apa kesudahan episod Juvana. Tak ketinggalan juga makcik dan pakcik pakcik yang turut juga mengikuti setiap episod cte nih..sampai aku juga terexcited nak tengok apa kesudahan Juvana, walaupun bukan tiap-tiap minggu aku sempat layan Juvana ni.. kadang kadang ter miss jugak.


 Antara pelakon yang terbabit dalam drama ini ialah Bront Palarae, Izreen Azminda, Zahiril Adzim, Irfan Roslan dan Beto Khusairy. 


Drama bersiri sebanyak 13 episod ini berkisarkan mengenai seorang remaja berusia 17 tahun, Daim Yahya, yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya.


Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti, iaitu sebuah sekolah Badan Bukan Kerajaan (NGO), sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan semula.


Namun, yang bersalah, tetap bersalah. Tetapi, lambat-laun akan terbukti gak kebenarannya. Seperti kisah Daim yang akhirnya terbukti dia tidak bersalah atas tuduhan membunuh ibunya. Dan akhirnya, dia dibebaskan dari Pusat Tahanan Juvana, Sekolah Wira Bakti. Paling menyentuh hati, Daim kembali ke Sekolah Wira Bakti selepas 10tahun selepas dibebaskan sebagai tenaga pendidik di sekolah tersebut.


Setinggi-tinggi tahniah aku ucapkan kepada pengarah JUVANA, Faisal Ishak kerana telah berjaya menawan hati penonton. Juvana memang terbaaiikkkkk!!!


p/s: ehem-ehem, takde plan ke nak sambung JUVANA 2 or Juvana the movie ke? hehe