Termenung je ko tau kan! Lain keje takde...
Sunday, July 17, 2011 | 10:54:00 PM | 0 comments
Apa yang dimenungkan itu aku tak pasti. Untuk tahu apa yang mereka renungkan secara detail rasanya tak perlu. Cukup sekadar tau apa point penting disebalik kelakuan yang tidak menjadi kegemaran orang tua-tua zaman dulu. Berlainan dengan zaman sekarang, bukan setakat remaja muda belia yang biasanya sedang hangat bercinta, namun orang tua juga tak mahu ketinggalan. Mahu tunjukkan yang dia memiliki jiwa muda agaknya..yea..itu mungkin!! Hakahakhak..
Apa saja faktor boleh mengundang seseorang terjebak dalam gejala termenung. Tiada punca yang spesifik. Sujektif..titik.
ikuti pelbagai situasi berdasarkan pengalaman dan kajian aku sendiri
Watak serta pelakon(bukan nama sebenar).
*Hanya rekaan penulis semata-mata*
Situasi 1:
Azlan : “apa kene dgn ko nk milah? Aku tengok da sejam ko duk sini, asek duk baca muka surat itu aje..ko ni membaca ke mengeja? Erm..memang sah dah..kes termenung lagi la tu..haihh milah...milah”
"Milah : “Ish ko ni..mane ade..buku ni memang best..tapi aku minat baca page ni je..” *ecece..merah telinga nak cover pnye pasal.
"Milah : “Ish ko ni..mane ade..buku ni memang best..tapi aku minat baca page ni je..” *ecece..merah telinga nak cover pnye pasal.
Situasi 2 :
Mak Biah: “Ai bang..apesal lama sgt tu? Kalau ye pon sembelit takkan berak sampai 2 jam?”
Pak Ali: “ ye..ye Biah...rasa mcm baru je 5min abang masuk tandas ”
*tersentak sambil berusaha capai henset yang terjatuh sebab rupanya duk main mesej ngan makwe baru dalam tandas.
Situasi 3:
Hazim: “Aku tengok ko ni dari tadi tersenyum-senyum..gila ke ape sengih sorang-sorang?..teringatkan awek le tu.”
Mail: “Eh..ko ni, len kali bagi la salam dulu..ni tak, tiba-tiba je muncul..aku teringat mak aku la, tak sabar nak balik kampung minggu depan.”
*Padahal tak sabar nak gi date kul 5 petang karang.
Situasi 4:
Siti: “Bole aku duduk sini? Aku tengok ko tenung je nasi tu dari tadi..macam takde selera je..kenapa? takkan dengan aku pun ko nak berahsia..”
Syukri: “erm duduklah.. mcam-macam aku fikir..banyak btol dosa aku da buat selama ni..hati aku tak tenang la..walaupun aku dapat apa yang aku nak, tapi aku tetap rasa hidup aku kosong..”
*padahal tengah fikir macamana nak settlekan hutang yang da btimbun tu.
Entry ini tiada kaitan dengan sape-sape samada masih hidup ataupun yang telah
kembali menemui-Nya.
Bukan untuk menceritakan keburukan orang, bukan juga untuk buka keaiban manusia lain. Hanya sekadar coretan penulis untuk menzahirkan cerita tentang realiti kehidupan.
Bukan untuk menceritakan keburukan orang, bukan juga untuk buka keaiban manusia lain. Hanya sekadar coretan penulis untuk menzahirkan cerita tentang realiti kehidupan.
Perbuatan termenung itu bukan satu kesalahan, tak terkandung dalam kategori jenayah, pelakunya tidak boleh didakwa jika disabit kesalahan. Cuma perbuatan yang kurang manis. Tak elok orang kata. hukuman dunia yang ditetapkan oleh manusia sendiri hatta penjenayah sekalipun bisa mengatakan apa saja.
Bila seseorang itu melihat seseorang yang lain sedang termenung janganlah terus jump to the conclusion mengatakan dia sedang fikir yang bukan-bukan. Siapa tahu mungkin dia sedang memikirkan tentang perkara baik atau sedang merenungkan nikmat dan kebesaran tuhan supaya boleh meningkatkan taqwa lagi kepada-Nya.
*tapi ini jarang berlaku..huhu
*tapi ini jarang berlaku..huhu
Mungkin juga mereka sedang memikirkan sesuatu yang indah atau punyai masalah mereka sendiri. Hanya tuan punya badan yang merasai apa yang terkandung dalam hati nya.
Bertanya dulu sebelum main pakai sergah je. Elok-elok sihat, nanti tak pasal-pasal korang hadiahkan penyakit jantung berlubang pada mereka yang tak bersalah.
p/s: rambut sama hitam, hati lain-lain. okey lah nak out dulu..tengok tv jap..bye~