Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









Takde tajuk yg tepat utk entry ni
Wednesday, July 20, 2011 | 10:05:00 AM | 2 comments


Wah mimpi apa aku hari ni bangun tidur terus rasa nak menulis..jatuh cinta ke hape ngan blog buruk ni ? Hahh tak mungkin kot.

Orang kata: skema tol ayat ko..
Aku kata: suka ati aku la..ni hikayat seri manja..bukan hikayat pakcik makcik ko..haa kan da kne..!

Sukat hati aku la nak tulis ape pon kat sini, ganggu ketenteraman, kebahagiaan, keamanan, keselamatan, kesihatan, keterampilan, keimanan (takde kaitan) dan kesejahteraan kau ke? Nah hamek ayat skema ni aku tuju khas utk ko!

TAK KAN???so, ketepi ketepi...aku nak tulis jugak.. hikayat seri manja ni pasal hidup aku, bukan hidup kau..oke !

Oke oke..chill ya..tak emo pun la..saje je tadi test volume suara, exercise tekak..tegangkan urat urat..bangun tido, mamai pun tak hilang sepenuhnya lagi..

Semalam tak sempat nak update pape kat blog ni. Bukan sengaja, lappy ni tetibe meragam. Merajuk kot kene marah ngn ayah. Mane tak nye, aku asek duk mengadap die je, lain keje takde..

Bangun tido, on lappy. Masak jap, bukak intenet. kemas uma sket sket, on fb jap. Basuh baju, jengah skrin ada notification. Balas komen jap. Ayah panggil tolong sidai baju. Dah siap jengah lappy lagi. Eh, ada membe BUZZ kat chat area..emm, nak ajak chat le tuh.. ’wess...bz ke?lama g cti?’ ‘tak bz mana pon....lama tak lama sgt la, tp lama la jgk..huhu’  ‘ayat keling la..’ tak sempat aku nak balas, ibu lak panggil.alamak......

Ibu: jom teman ibu pergi umah nenek jap.
Aku: emm, sekarang ke bu? Saya panggilkan adik suh teman ibu eh? Ada keje sket nak kene buat.
Ibu: yelah, cepat sket.

Pastu ayah lak tanya ikan dalam akuarium da bagi makan ke blum? Aku kata belum, jap lagi.


Ayah: ayah nak jual la laptop tu. Tak habis habis online. Pagi petang siang malam facebook, blog, facebook, blog. Kjap lagi kemas laptop tu letak trus dalam kereta ayah.
Aku: woah tidaaaaaakkkkkk....jap jap *sambil tutup semua tab yg ada, tgah shut down ni...pheww~ angin tak baik ayah da dtg.



Apa yang Aku nak cakap kat sini bukanlah nak beri nasihat tapi saranan..eh mcm lebi kurang je. Lantak lah..online online jugak,tak salah..tanggungjawab lain jgn dilupa. Sama lah juga main game ke, tengok movie ke, keluar lepak, merayau sana sini ke, asalkan pekara yang boleh melalikan kita. Teknologi dicipta untuk membantu kita, kita sendiri yang memilih samada mahu maju atau rosakkan hidup kita.


Kepada yang nak exam tu, beringatlah sebelum menyesal dikemudian hari..masa yang telah berlalu tak kan pernah bole diundur kembali. Gunakan lah masa sebaiknya sementara ia masih ada. Masa tak menunggu kita malah kita yang harus mengejar nya. SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN..bukan khas untuk peperiksaan dunia sahaja yang perlukan masa dan perlu lakukan persediaan secukup nya. tetapi peperiksaan akhirat kita bagaimana pula? Fikir fikirkan.