Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









Takdir Kita (1)
Friday, July 15, 2011 | 8:24:00 AM | 2 comments
Jam menunjukkan tepat pukul 8:15malam.  


Jam kecil yang comel itu sentiasa diletakkan di atas meja bersebelahan notebook kesayangan maya, seorang gadis cantik berusia 21 tahun yang berperwatakan ceria itu. Masa itu amat berharga baginya, seolah-olah tanpa jam disisinya terasa ada sesuatu yang kurang dalam hidupnya. Dan jam tangan comel pemberian arwah datuk nya itu lah yang menjadi peneman setia dirinya selepas satu-satunya notebook hp pavilion dv2 kepunyaan nya yang dianggap harta yang paling berharga sama seperti nyawa nya.


Maya mengelap-ngelap rambut ikalnya yang masih basah kerana baru sahaja selesai mandi. Kemudian maya menyikat rambutnya sambil duduk di atas kerusi di meja study nya. Dia menghadap laptop untuk cek notification di facebook miliknya yang masih terpasang sejak petang tadi. 


Tiba-tiba...


“Tweet..tweet..tweet...tweet...SMS ♫♫bunyi message tone nya bergema.

╔══╗♥♫♥
██║♫♥♫♥
(O)(̪)
╚══╝
handphone nya vibrate menandakan ada mesej baru sahaja masuk.

"1 message receive.." 
View.. 
“Sayang, awak siap-siap la ea..sekejap lagi abg datang jemput..kte dinner sama ea...abg belanja”sender: Abg Johan.



ish mimpi ke ape dia ni, takde angin takde ribut tiba2 je ajak aku keluar dinner. Selalu nya dia bgtau awal2..fuhh nasib baik aku da mandi. Kalau tak, mau  4 jam dia kene tunggu aku bersiap.

 “ok..kalo abg da sampai bgtau ye..”  
Beep...beep.. ‘ message delivered ’.



maya terus berdiri dihadapan cermin memastikan pakaian baju yang dipakai sempurna. 


Mengenakan make up ala kadar, menyapu bedak di pipi kanan dan kirinya yang mulus itu, mencalit sedikit lip gloss perisa strawberry jenama maybelline hadiah dari mamanya. Maya mengenakan blouse labuh putih lengan panjang bersama jeans biru kegemarannya. Dia memang seorang gadis yang simple tetapi tetap pandai bergaya.


Dia sentiasa ingin kelihatan anggun apabila bertemu dengan Johan, kekasih hatinya.  Adalah sesuatu yang membanggakan perempuan bila menerima pujian dari seseorang yang sangat istimewa apatah lagi satu-satunya jejaka yang berjaya mencuri hatinya. 

20 minit telah berlalu...

“Maya...Johan da sampai.”  Suara karina, teman serumahnya sejak  setahun tinggal bersama nya memanggil.
“sekejap....,” Maya mencapai beg tangan berwarna coklat tua dan bergegas menuju ke ruang tamu sambil menyembur sedikit minyak wangi sweetheart dari silkygirl yang harum dan segar itu..sebentar saja harum semerbak wangian itu memenuhi keseluruhan ruang tamu rumah sewanya itu. 
 “Ni yang kalut-kalut ni nak ke mana?” 
   
“Abang Johan ajak aku keluar dinner malam ni, macam biasa..hehe” balas Maya.
“Jaga diri, balik awal tau..da keluar tu jangan sampai tak ingat jalan balik kerumah ni dah la ek..”  
“Yelah tu makck oi, aku pegi dulu..kau tu, jap lg mkn nasi tau..jgn asyik makan megi je ” 
"Ye.."

Maya menjengah-jengah ke luar rumah melihat kan kelibat Johan.  Ada sebuah kereta toyota VIOS putih sedang menunggu di bawah pokok. Dari jauh dia melihat Johan sedang melambai ke arahnya.



Bersambung....