Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









Jom makan Oat
Saturday, July 16, 2011 | 10:14:00 AM | 0 comments
Asaalamualaikum..

Pagi yang indah lagi ceria

Wahh...pagi-pagi lagi da semangat nak meng-update blog kan..takpela sementara cuti lagi ni..nanti bila da bz takde can dah nak jenguk-jenguk blog buruk ni..makin bertambah lah habuk sana sini..hikhik.

Just nak bagitau tadi aku baru je lepas sarapan
 susu kambing merah + oat..sedaaapp wa cakap sama lu!!..erm, kalau korang blum sarapan, pegi la sarapan dulu ye..actually take a breakfast sgt penting tau..ia bantu menambah tenaga dan kesegaran diri sebelum memulakan satu-satu tugasan setiap hari..ce bayangkan, belum pape lagi da lembik..tentu takde semangat nak mulakan pape keje..btol tak??

So, jangan malas-malas nak sarapan tau. Minum air masak at least segelas lepas bangun tidur pun ok. Tapi kalau bole ambil la sarapan yang berkhasiat..minum susu ke, telan kurma sebiji ke, at least dapat gak pahala sunnah.ye tak?? cewahh kemain lagi bagi nasihat kat orang..padahal aku pun kalau tem malas giler ter-skip gak breakfast yang PENTING uh. (benda tak bagus jgn ditiru plak ye).

Lepas makan oat,hati aku terdetik ingin berkongsi khasiat Oat dengan korang smua. Ok lah, hari ni kte ke segmen kesihatan la plak ye. Asek cte pasal benda lain je..boring la plak kan.


RAJA SERAT
Kalau nak tau,Oat merupakan 'Raja Serat'. Selama ni kita rajin dengan org sebut perkataan serat, tapi apalah agaknya manfaat serat buat diri kita ya? Wahh..rupanya serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Manakala,serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir. Sape-sape yg dah ada symptom atau tanda-tanda penyakit ni amalkan lah makan oat ye..insyaallah sembuh

 OAT DAN JANTUNG
Penyakit jantung adalah satu daripada pembunuh senyap yang paling utama di kalangan lelaki dan wanita, demikian menurut Pertubuhan Jantung Amerika.Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g  oat setiap hari? Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Special sungguh Oat ni rupanya. Tak sia-sia lah Oat menjadi salah satu makanan kegemaran aku selama ini.Kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung, penyelidikan telah membuktikan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.

IDEA KREATIF TAMBAHKAN OAT DALAM MENU MASAKAN

Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan. Tapi,ramai yang komplen, bahawa bukan mereka tidak ingin mencuba mengamalkan oat, cuma rasa oat yang tawar dan tidak sedap sukar diterima. Sebenarnya oat merupakan sajian yang sangat sedap jika kena cara penyediaannya. Di sini aku nak kongsi beberapa rahsia penyediaan oat sebagai pembuka selera anda yang baru mula hendak belajar makan oat k...

1. Jika ada yang ingin makan oat dicampur dengan susu, pastikan anda mencampur sedikit garam. Selain itu, tambah lah hirisan strawberri atau campuran buah-buahan lain yang anda gemari.

2. Jangan terkejut jika anda dapati kuah kari anda akan lebih sedap dan pekat dengan menambah emping oat. Bagi yang kretif, oat boleh dicampur di dalam resepi rendang malah oat boleh juga dibuat bergedil!

3. Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memancing selera anak-anak dan suami serta mendapat manfaat kesihatan daripada oat!

4. Kalau nak tahu, oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

5. Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat..wah wah wah sempena hari raya yang bakal menjelma tak lama lagi, tahun ni bole la jadikan oat sebagai resepi utama kuih dan biskut raya ek..


Plus: ramai yang tak tau amalkan pengambilan oat setiap pagi boleh kurangkan berat badan tau. So sape yang tgah plan nak turunkan berat berkilo-kilo tu, Lepas ni makan oat banyak-banyak ea..oat membantu singkirkan lemak anda dengan segera!! mesti jadi punye la..tapi kene janji, mesti konsisten tau. Kalau tak lupakan aje plan anda nak kurus tuh..