Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









missing something
Monday, April 23, 2012 | 9:48:00 PM | 4 comments

Bismillah..

sepi..sunyi btol malam ni..
time-time camni la yang aku tunggu-tunggu coz lama betol aku tak spent masa jenguk blog ni..lama betol tak update..biasalah sibuk je memanjang...cewah beselah, ayat student..sehari tak sebut perkataan buzy memang tak sah kan..eleh..knape? ko ingat artis je pandai sebut?
tenggelam timbul tenggelam timbul, dah nak habis sem 6 aku berada d unisza ni..namun aku sedar, masih banyak lagi yang perlu aku pelajari.

Back to our main topic..yes, aku rasa ada miss something..and lately perasaan tu jadi makin kuat. 
Aku rindu nak balik rumah..rindu nak jumpa ibu ayah..nak jumpa nenek, abang dan adik-adik..4 bulan aku d bumi Unisza rasa macam 4 tahun dah tak jenguk melaka tanah tempat tumpah darahku. ceeiiitt..Aku rindu nak makan masakan ibu, rindu nak bergurau senda dengan adik-adik..dan of course, aku rindu nak gadoh dengn ko Iqin..haha ko tunggu lah aku balik nanti, siap ko :P

Aku sengaja nak luahkan kat sini, aku tahu bukan ada sesiapa peduli pun. Bukan ada sesiapa yang baca pun. Tapi lantaklah, asalkan aku puas. Cuti midsem baru-baru ni aku bersama 6 lagi sahabat pergi bercuti di 'negeri di bawah bayu'..seminggu kami disana..seronok nya tak payah cakap lah, memang tak dapat nak explain dengan kata-kata apatah lagi nak diekspreskan dengan hanya tulisan kaku di blog ini. Hanya tuan punya badan je yang dapat merasai semua kenikmatan dan keindahan yang ada di SABAH...

Banyak yang dapat aku belajar di sana. Banyak budaya yang aku tak tahu contohnya budaya orang bugis. FYI, di sandakan memang majoriti nya orang bugis. Cara percakapan mereka, tinglah laku mereka, memang sopan, lembut je. Of course lah banyak juga dialek mereka yang kita orang semenanjung tak faham..tapi aku suka dengar mereka bercakap bahasa bugis..kedengaran seperti orang menyanyi. BEST. Intonasi suara serta lenggok ayat mereka mungkin. Lucu pula rasanya. Banyak kelainan yang kami dapat lihat dan semuanya positif-positif belaka. Sepanjang keberadaan kami disana, stiap hari kami dihidangkan dengan makanan seafood dan semuanya segar-segar. Disana kebanyakan nya nelayan, maka hasil tangkapan yang mereka dapat terus dimasak dan dihidangkan demi memenuhi ruang perut yang sentiasa mengharapkan diisi sepadat mungkin..hahaha.. Masakan mereka jangan cakap lah, memang sedaaaapp bangatt!!

Biasalah, orang kata bila kita berada ditempat orang, baru kita kenal siapa diri kita yang sebenarnya. Rupa-rupanya terlalu banyak yang kita tak tahu dan banyak juga yang kita perlu tahu..Subhanallah..luas sungguh ilmu Allah~

10:25am~flight back to semenanjung...bye2 sabah  ^_^Y

Alhamdulillah aku berjaya mengisi masa cuti aku dengan perkara yang berfaedah. Kenangan indah ini akan sentiasa terpahat dihati serta sahabat lain. Jika ada kesempatan serta peluang lagi, kami pasti akan kesana lagi. Berkunjung ke tempat orang juga merupakan salah satu ibadah. InsyaAllah pahala itu tetap manyusul kepada setiap hamba Allah yang ikhlas dengan niatnya. Semoga dengan sedikit perkongsian dapat memberi kebaikan dan iktibar kepada setiap yang membaca tidak kira samada secara sengaja mahupun secara tidak segaja..

Minggu depan kebetulan aku dapat cuti seminggu bermula 1 Mei..awal-awal lagi aku dah pasang niat aku nak balik Melaka berjumpa family tercinta. Aku nak spent masa kaw-kaw punya bersama ibu dan ayah. Doakan semoga segalanya berjalan lancar. Aku dah rindu sangat-sangat, best nya kan kalau ada orang yang faham perasaan aku. Ya Allah, Kau mudahkan lah segala urusanku. Kita hanya mampu merancang, hanya Allah s.w.t yang maha menentukan. Wallahua'lam. 

Now; it's time to do some preparation for lecture esok pagi. Selamat malam dan jumpa lagi ^_^