Tarikh Keramat
Friday, January 20, 2012 | 10:40:00 PM | 0 comments
Bismillahirahmanirrahim.
Tarik nafas...hembus...tarik lagi...hembus...Haaa baru rasa lega sket (",) Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan hingga ke saat ini untuk m'hirup udara alam ciptaan Allah ni. Percuma Allah bagi kat kita. untuk setiap yang bergelar hambaNya. Cuma bezanya adalah kita selaku hamba yang lemah samada reti bersyukur ataupun tidak.
Hari ini 20 Januari 2012,
Tarikh keramat yang dipilih oleh personaliti terkenal tv3 Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 bersama pasangannya yang cantik manis Nurfarahin Binti Romli(Farah Lee), 22 untuk melangsungkan majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi tadi. So sweeeet lah. Sama cantik sama padan. suke suke suke..rase macam tak sabar nak kawen pun ada...hehehehe *chooiyy~gatal..tampar kang!
Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua-dua mempelai. Semoga daripada perkahwinan yang dibina ini utuh serta diberkati dan diredhai Ilahi..info gambar dari ohBulan
Hari ini 20 Januari 2012 juga,
Tarikh keramat ini juga dipilih oleh Allah, kita digemparkan dengan berita yang menyedihkan iaitu berita seorang penyanyi terkenal Khairil Izwan Pilus, 32 yang popular denagn lagunya 'kembali senyum' dikatakan sah meninggal dunia akibat jangkitan kuman .Subhanallah, kuasa tuhan maha besar. Ajal tak mengenal usia. Mungkin tuhan lebih sayangkan beliau.
Berita ini mengejutkan banyak pihak khususnya dalam industri hiburan di Malaysia. Allahyarham dikatakan meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi dan pengesahan dibuat oleh adiknya Aril AF7 di laman twitter nya. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Jasin, Melaka. (orang kampung aku T_T...harap keluarga allahyarham sabar & tabah menghadapi ujian ini)
Al-fatihah untuk arwah Izwan Pilus dan takziah diucapkan buat Aril AF7 sekeluarga. SUMBER