Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









Little time so many thigs to do -.-"
Wednesday, April 25, 2012 | 8:53:00 PM | 4 comments

Letih..serius letih harini..
Biasanya aku mulakan kata-kata paling tidak pun sepotong bismillah lah yang paling pendek. Silakan lah buat checking untuk entry-entry sebelum ni kalau kau tak percaya.
Tapi harini tak. Lantak. Sebab aku letih..harap dimaafkan.

Letih perah otak sampai kering time test Research Method tadi..lain yang disuruh baca lain pulak yang keluar..mana tak hangin satu badan. Apa salah nye bagitahu terus topik yang tak kluar. Takde lah aku jadi pura2 bijak masuk dewan dengan otak yang berat semua chapter ada simpan kat dalam. Tunggu dipetik je. Pttuuiiih~ memang tak boleh diharap..

Jam di tangan tepat pukul 11am; maka berakhir lah test untuk subjek Research Method sem ni. Membe pun sudah mula sibuk bertanya "Camne?mesti ko boleh jawab semua kan?Tengok paper penuh je". Soalan biasa. dan jawapan biasa juga aku berikan "Bolelah. biase biase je." dalam hati aku kata untunglaaa..kalau semua yang dijawab tu betul takpe la jugak. Ala rileksla, baru midterm. Final nanti siaplah. Aku pulun abes-abes.

Sem ni jadual memang solid. Assignment + projek masing-masing beratur tunggu turn nak dilayan satu persatu. Sem depan dah final year. Nak layan FYP memang dua kali ganda busy la jawabnya. Matlamat aku bukan nak dapat DL(dean list) setiap sem, tapi maintain pointer 3.3 & above tu yang aku kejarkan. Ape?Bunyi macam orang frust? Oh tidak sama sekali, tolong baca dengan nada yang ceria. Okeeey (",)

Next, adalah kerja-kerja yang perlu aku settlekan segera.
*Research proposal
*Research implementation, develop e-learning courseware 
*Collect data daripada questionnaire. Target responden -pelajar sekolah rendah-
*Interview system developer sebelum ni.
*Meeting bersama ahli grup bengkel pada setiap minggu. -Compulsory- no excuses.
*Work out & deal with system codings. <ouhh yang ni aku malas giler>
*Naik turun office jumpa PM(Project Manager)


in the end, Walau sesibuk macammana pun kita sebagai seorang pelajar, life must go on. Solat jangan sekali-kali diabaikan. Sebab nya terlalu mudah. Solat membantu kita mendisiplinkan diri. Hebat bukan !! Jika solat 5 waktu pun kita masih tak pandai nak atur jadual, macam mana kita nak deal dengan urusan duniawi yang lain. Takkan bila dah kene masa-masa sempit baru terhegeh-hegeh nak jumpa Tuhan merayu bagai. La Tahzan, Innallaha ma'ana -pesanan Engku Fadzli selaku Project Manager aku.
"If a person are diciplined in their prayer, they'll be diciplined in everything else in their life."
Renung-renungkan dan Selamat beramal ^_6