dia kejar kita
Tuesday, May 22, 2012 | 2:18:00 PM | 0 comments
Macam biasa bismillah cara aku mulakan bicara.
Sejak akhir-akhir ini aku malas nak update blog. Entah kenapa aku pun tak tahu. Mungkin salah satunya adalah masa. Tak sempat. Masa yang sempit menghalang segala kesempatan yang ada. Aku tak boleh nak salahkan sesiapa. Tak baik.
Kesibukan aku menghabiskan masa dengan urusan dunia dan selesaikan semua kerja-kerja tuntutan kuliah cukup memenatkan. Namun urusan yang wajib tetap aku laksanakan. Alhamdulillah, aku tak mahu berjauhan dengan Tuhan. Kerana setiap masa aku perlukan DIA.
Kadang-kadang aku rimas mendengar telatah sahabat yang suka mengeluh dengan setiap kerja yang diberikan..memang ia perlu bagi melegakan hati walaupun hanya sementara. Tapi kalau dah sepanjang masa, telinga yang kiut miut ni boleh tumbuh bulu tahu tak.
Sahabat, masa memang akan sentiiasa suka mengejar kita. Janganlah kau berasa lemah dan berdukacita..sesungguhnya kau adalah yang kuat seandainya kau beriman kepada Allah.
Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat. Dan aku percaya, Allah tidak memandang amalan yang banyak, tetapi amalan yang IKHLAS sedangkan ikhlas itu RAHSIA Allah.
Salam 1 Rejab kepada semua pembaca dan selamat berbuka bagi yang berpuasa ^_^