Erti Kepulangan
Monday, April 30, 2012 | 2:32:00 PM | 0 comments
Bismillahirrahmanirahim.
Salam ceria..Salam mesra..Salam 1 Malaysia...
Status: HOME sweet HOME ^_6
Selamat sampai di Melaka pada Jumaat lepas bersamaan 27 April jam 7:15 petang...gembira dan seronok tak terkata ibarat terlepas skejap beban kerja 200kg atas dua belah bahu yang dipikul sebelum ni..Rindu pada ibu ayah dan keluarga tak dapat aku sembunyikan lagi. Biarlah. Biarkan dulu semua kesibukan yang aku alami selama berada di Terengganu. AKu cuma rendahkan sedikit PRIRIOTY KERJA untuk hold sementara waktu berbanding PRIORITY MASA aku bersama family. Mana mungkin aku mahu lari daripada tanggungjawab sedangkan aku sedar tanggungjawab aku sebagai anak itu lagi penting dan perlu didahulukan.
Kita kadang-kadang tak sedar yang kita busy di tempat orang. Busy berkawan, busy enjoy sana sini, busy dengan assingment dan pengkuliahan sampai terlupa nak tanya khabar orang tua. Seminggu sekali nak call pun payah sedangkan membe yang ada di depan mata pun sibuk bertukar sms, padahal nak ajak pergi kafe depan blok je pun. Ada orang malu nak mengaku suka bergayut dengan mak, lega hati bila dengar suara ayah. Apa nak malu weyh, diorang yang jaga kita sejak lahir kot.. haish aku pun tak paham manusia begini. Bila pakwe/makwe call tak malu pulak tu nak mengaku. Siap post kat FB lagi biar satu dunia tahu yang dia sedang bergayut dengan 'insan tersayang' lah kononnya. Macam dia sorang dalam dunia ni yang pandai berkasih. Kasih dan cinta itu kan fitrah dari Ilahi. Wahai hamba Allah, aku hanya mampu doakan agar kau sedar satu hari nanti. Pernah tak kau terfikir, We are so busy growing up, we often forget they(our parents) are getting older.
Holiday: 27 April - 6 Mei 2012
Aku akan pastikan dengan masa seminggu yang dibekalkan untuk aku berada di sini akan aku gunakan sehabis baik. Masa 100% akan aku habiskan dengan spent time bersama family dan berbakti kepada mereka apa yang terdaya sebelum aku teruskan perjuangan di bumi pantai timur tu. Kerana aku tahu dalam hadis nabi s.a.w ada menyebut "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa kita".
Hey kawan, dengar sini aku nak pesan...
Jangan pernah ada rasa malu untuk beritahu parents kita yang kita SANGAT SAYANG pada mereka SEBAB 'No one ever LOVES you as long as your PARENTS do'.
Kasih sayang dan cinta terpulang kepada kita sebagai anak bagaimana cara untuk kita tunjukkan pada mereka as long as kita ikhlas, mereka bahagia dan meredhakan. Insyaallah pahala itu akan direct sampai pada kita. Dont give up, Just be creative to spread our loves okeeeyy ^_^
Sekian..wassalam.