Tabiat bodoh. Bukan kau tak tau !
Wednesday, July 27, 2011 | 10:22:00 AM | 0 comments
Oke oke untuk entry kali ni tak payah nak intro intro lah. Sebab bagi aku, kali ni merupkan entry kurang senang a.k.a tabiat paling bodoh aku nak kongsi dengan para readers smua. Harap-harap kita tak lah tergolong dalam golongan yang mengamalkan tabiat tersebut. Kalau ada, tinggalkan lah segera. Kerana tabiat ini bukan saja akan merugikan diri sediri malah orang sekeliling.
Tabiat bodoh? Tabiat pe plak tu? Untuk entry yang ni aku tak halang korang semua nak baca, nak copy, nak kritik or nak maki ke hape.
Kalau ada diantara readers yang menyampah ngan apa yang aku tulis dalam entry ni. Harap maaf, sila lah ke entry or blog lain ye. Kepada readers yang tak kisah kalau nak baca, baca. Then lepas baca diharap rajin rajinlah tinggalkan komen anda..peace ^_^v
Bukan tujuan aku untuk menghina atau menjatuhkan maruah sesiapa. Hanya ingin melakar sedikit rasa kekesalan dan marah terhadap golongan yang mengamalkan tabiat bodoh macam aku cakap tadi. Tabiat MEROKOK.
Tabiat merokok ini sudah sering dibicarakan dan diulas sejak di bangku sekolah lagi. Mana-mana sekolah pun at least ada sekali ceramah tentang kesedaran bahaya merokok. Sampai naik muak dah aku dengar. Walaupun golongan wanita tak berapa cenderung kearah tersebut tapi kami dipaksa untuk turut sama mendengarnya. Tapi aku tak faham betol lah. Knapa beribu-ribu kali diasak dan disedarkan tentang isu ni tapi masih tak terkesan di hati para perokok tegar diluar sana tu.
Macam macam kempen dah dijalankan oleh kerajaan, para guru, smualah tapi masih tak berkesan. Dalam TV, majalah, surat khabar, radio, dalam internet pun tak mau kalah. Semua nya dengan atas niat yang satu iaitu untuk memerangi gejala tabiat merokok yang semakin meningkat zaman ni. Kempen sana sini. Program kesedaran sana sini..buang duit je. Kalau hati dah keras tak nak berubah tu, tak boleh nak buat apa gak. Tak guna bercakap ngan orang yang tak mau fikir dan tak heran tentang masa depan sendiri. Nak fikir tentang kesihatan apatah lagi. Haremm..
Bukan nya korang tak tau bahan apa yang diletakkan dalam setiap batang rokok tu. Tar(tar jalan raya), nikotin(racun serangga), acetone(kepingan cat), dll. Semua tu pemusnah sel-sel dalam badan manusia. ‘SMOKE IS A SILENT KILLER’...lelaki lebih arif kot dalam hal ni. Google je dah terjawab semua yang bermain di minda anda. Semudah itu. Aku malas nak ulas banyak lagi. Aku sendiri pon da bosan tahap gaban bila bercakap isu yang sama je.
Tapi yang aku kesalkan kenapa ramai yang masih tak peduli. Dah terang-terang dalam al-Quran bagitau MEROKOK itu hukumnya HARAM. Saje je buat buat tak tau. Apsal? Ingat korang tu muda lagi eh? Tak sayang nyawa? Ingat takde ke orang muda mati awal?
“Merokok hukumnya haram, begitu juga memperdagangkannya. Karena didalamnya terdapat sesuatu yang membahayakan, telah diriwayatkan dalam sebuah hadits :
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ أخرجه الإمام أحمد في المسند ومالك في الموطأ وابن ماجة
“ Tidak (boleh melakukan/menggunakan sesuatu yang) berbahaya atau membahayakan” (Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Malik dan Atturmuzi)
“ Tidak (boleh melakukan/menggunakan sesuatu yang) berbahaya atau membahayakan” (Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Malik dan Atturmuzi)
“Merokok diharamkan, begitu juga halnya dengan Syisyah, dalilnya adalah firman Allah ta’ala: “Jangan kalian bunuh diri kalian sendiri, sesungguhnya Allah maha penyayang terhadap diri kalian “ (An-Nisa : 29)
“ Jangan kalian lemparkan diri kalian dalam kehancuran” (Al-Baqarah : 195)
“ Jangan kalian lemparkan diri kalian dalam kehancuran” (Al-Baqarah : 195)
Kajian menyatakan kadar risiko kematian penghidu asap rokok lebih tinggi daripada penghisap rokok. Cuba bayangkan salah seorang mayat tu adalah ibu mengandung yang hari-hari hidu asap rokok korang. Secara tak langsung korang dah bunuh dua nyawa tau tak. tau kan apa pulak dosa seorang PEMBUNUH ? Tak kesian ke? Orang len yang wat dosa, orang len lak yang kene tanggung sengsara. Takde hati perut langsung. Mane perginya nilai dan jiwa kemanusian yang Allah dah berikan secara percuma untuk korang nikmati? Apa yang korang buat dengan satu satunya nyawa yang korang ada? Sia sia kan dengan hisap rokok sehari ntah berapa batang. Sekotak dua sehari pon korang rasa biasa je kan? Macho la kononnya tu. Hebat la konon. Tak sedar semua tu MEMBAZIR. Bazir masa, bazir duit, bazir life span. Mak ayah dah hantar sekolah hebat-hebat. blaja tinggi-tinggi supaya dah besar sok pandai bawa diri, nilai mana baik buruk sesuatu perkara. Tapi masih tak boleh fikir lagi. Masih tak sedar diri. Memang betol lah ustazah aku pernah cakap, orang zaman sekarang ni blagak je lebih. sebok mengaku dah baligh tapi hakikatnya 'dah Baligh tapi belum mumayyiz' . Ada otak tu fikir la elok-elok. Korang sedar tak setiap sedutan tu, korang hembus dengan penuh kebanggaan secara tak langsung da menghitung hari-hari ajal korang.
Merokok kau kata MACHO? Macho habess..macho la sangat....kalau kau tanya mana mana pompuan ,dorang suka tak laki merokok? Kalau ada yang kata suka tu samalah 2x5 bodoh macam kau jugak. Dah, tinggalkan lah dia. Tak sesuai jadikan calon isteri yang baik. Memang sah dia tak reti bab bab bagi nasihat. Sok lusa kalau tanya balik suka tak mat gian, mat ganja ke, tak mustahil dia tibai suka gak. Buang masa je tanya kat dia.
Jawapan aku, macho ke hape nye. Ngan bau busuk asap melekat kat baju. Kat mulut jangan cakap la kan. Taik kuda pon lagi wangi lah. Memang boleh beza penampilan laki merokok ngan tak. Besenya laki merokok memang sempoi a.k.a selekeh.(pengotor sket)..bibir kehitaman..gigi berkarat..kotor..busuk..pastu kalau korang perhatikan balik golongan lelaki merokok ni mesti ada kuarkan bunyi macam macam..bunyi idung tersumbat la..bunyi nak legakan tekak gatal la.bersin sana sini mengalahkan pesakit resdung. Dengan Mata kuyu..mcm mcm lagi lah perbuatan tak normal yang kurang menyenangkan kalau duduk sebelah dorang ni.. Ish geli aku..mintak dijauhkan la membe mcm ni. Macam tu korang kata korang macho? Hello, pleaseee lah..
Aku memang BENCI dengan lelaki merokok. Tapi takdelah benci sampai tahap allergi pantang jumpa mesti nak bunuh punye. Kalau jumpa lipas tu len lah cte kan. Untuk pengetahuan, abang aku pun merokok. Aku ni sampai dah kering air liur dah nak nasihat kat dia macam macam. Tapi tetap bagai mencurah air ke daun keladi. Geram jugak dibuatnya. Hope bila korang dah terbaca entry ni, harap dapat la renung kan sejenak. Fikir sedalam dalamnya..betulkan tindakan yang mana tersilap tu. Masih ada ruang, masih ada masa, masih ada harapan. Selagi Allah tak jemput kita pergi mengadap-Nya. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk perbetulkan segalanya.
Sempena Ramadhan yang bakal tiba, kesempatan ini aku ambil ingin memohon maaf atas segala salah silap jika ada tersilap kata terkasar bahasa selama aku berblogging ini. Niat dihati Cuma ingin memberi pandangan dan nasihat serta berkongsi pengalaman dengan para pembaca.
Akhir kata, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita peroleh rahmat dan barakah daripada-Nya. Wassalam.