Kisah mi goreng...
Friday, August 12, 2011 | 3:27:00 PM | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim.
Salam jumaat dan salam satu Malaysia.
Masuk hari ni dah 12 hari kita menjalani ibadah puasa.
Eh..chopp! dah ada sape2 yg kantoi ke? Harap2 takde la kan.puasa penoh tau.jangan suka ponteng2 plak.
Fuh tetibe rasa tak sabar plak nak tunggu buka puasa hari ni..agak2 petang ni nak masak ape ek? Hurm..boring plak kalau lauk yang sama je. Korang ada idea tak nak masak apa?mana tau aku leh try masak guna resepi korang.ceewaahh tak baik bangga sorang2..kau bagi resepi kau, aku bagi resepi aku. Haa!! Baru aci, bangga sama2...adil bukan?
Serious aku tak tau nak makan apa petang ni. Teringat 3 hari lepas aku masak mi goreng basah wat berbuka. Kalau nak diikutkan memang sedap la sebab resepi yang sama yang akan aku guna setiap kali masak menu tu. Campur telur, fishcake, ada daging sket, sos tiram, letak skali kicap cap kipas udang macam biasa lah. Cuma tem tu aku buat kuah lebih sket. Means, mi tu lagi basah sket la.tak la nampak kering je. Maklumlah, orang tengah puasa, tekak pun kering. So aku tambah la air sket. Cehh macamlah terus boleh makan. Baru pukul 6 petang kot. Tak ingat nak sekeh kepala sendiri tem tu. Nasib baik..hikhik
Ok tak mau cerita pasal menu and ingridients all the things lebih-lebih sekarang sebab perut aku da berkaraoke dari tadi lagi ni. Kang terliur sana sini kurang pahala pose aku. Yang aku nak cerita ni pasal lepas berbuka puasa. Sila baca sampai habis ye. Jangan nak skip2 pulak. Kalau rasa nak terus jump to entry or blog len meh sini aku nak nak sekeh dulu kepala tu. Jangan nak ngada2, baca dulu.
Oke oke back to cerita tadi.
Lagi 2 minit nak azan. Adik2 n mak aku prepare la segala juadah lain.macam biasa jugak ada kuih muih n air pada masa tu sirap bandung. Bab air of kos ayah aku tauke nye. Apa juadah seklali pun yang terhidang ayah tetap kata air yang dia buat gred A++. Tip top! Takde sapa leh lawan. Katanya lah. Orang lain belum kata begitu lagi setakat ni. Kesian kan. Hahah comel je. Tapi itu la perangai ayah aku. Namun hatinya tetap baik.
Azan telah pun berkumandang. Kini tibanya masa nak makan mi goreng basah yang daripada A to Z aku yang masak tanpa campur tangan dari mana2 kerajaan. BERSIH dari segala kritikan mahupun cadangan(pada masa tu). adik ku lah yang paling semangat nak makan. Biasalah kanak2. Belum biasa berpuasa. Then dia pun ambil pinggan n cedok mi aku tu. Yang lain pon sama la. Takkan tengok je kot. Start bedal la jugak. Suasana tiba2 sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi sudu dan garfu menari2 di jari si pemegangnya.
“adik, sedap ke mi yang akak masak?”aku tanya. Then dia jawab “ada yang kurang...”.aku pon pelik then tanya lagi. “apa? Kurang apa?”..nak tau adik aku jawab apa? “harusnya kicap ADABI..”
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahakhakahkah...kurang asam jawa punya budak. Pengaruh iklan kuat betol. Rosak!! Rosak!!
Hati aku panas. Nasib baik kau budak.
----> a ah ek, aku guna tadi kicap masin cap ‘kipas udang’..suh mak beli cap ADABI la pasni..
Aku pasti korang pun hantu TV gak macam adik aku kan. Takkan tak perasan iklan pencuci baju BOOM POWER tu. Ha? Tak tau? Sila kesiankan diri sendiri. Sebab iklan tu tengah femes kot skang ni :P
p/s: sejauh mana keberkesanan pengaruh TV atau pihak media dalam memberi input kepada anak-anak. Bersama kita renungkan.