Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









AWAS ! Cermin Skodeng...
Tuesday, August 2, 2011 | 11:26:00 AM | 14 comments

Especially untuk kaum wanita..baca ni..

Setelah aku membaca artikel di fb tentang masalah ini, tergerak hati untuk mengepost entry pasal ni. Aku yakin, pasti ramai lagi yang masih belum tahu.

Berhati-hatilah khususnya buat kaum wanita bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian.

Terfikir tak? dan apa perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian ada seseorang yang lain khuyuk memerhatikan anda disebelah cermin sana! jadi haru-biru lagi jika gambar anda dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia…huhuhu ini lagi haru…


Apabila kita pergi ke mana-mana tempat awam, masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang gantipakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memangbenar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidakdapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita (fitting room), namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas menenalpasti permukaan nya hanya dengan melihatnya saja. Tiba masanya lah untuk  kita berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapatmenentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Jadi bagi memastikan yang cermin tersebut adalah cermin biasa dan bukannya cermin dua arah(macam cermin ruang soal siasat kat balai polis)


Oleh itu, kita perlu pastikan cermin yang digunakan itu adalah cermin biasa ataupun cermin dua arah. Belek-belek lah dulu cermin kat dalam tu dulu takut-takut  ada orang intai ataupun pasang video dari bilik sebelah!


Sebelum apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku, ini ujian mudah yang patut anda lakukan!


LAKUKANLAH TEST KUKU JARI

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap)antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin,hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin ditempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKUJARI". Tidak perlu membayar.Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari"PERKOSAAN VISUAL" ! 



Ini adalah cermin biasa. Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.



Akan tetapi sekiranya anda mendapati tiada langsung ruang diantara jari anda, maka itu adalah cermin dua arah dan dinasihatkan supaya meninggalkan bilik tersebut. Nanti tak pasal-pasal video ataupun gambar anda dalam keadaan bogel dijadikan bahan peras ugut ataupun disebar di Internet!



Jadi, saudara dan saudari sekalian berhati-hatilah walau dimana pun anda berada….
Sebelum segalanya menjadi parah serta melarat, hebahkan lah.

Kepada Para wanita : sampaikan maklumat ini kepada teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: sampaikan kepada isteri anda, anak perempuan atau teman wanita anda.

Bersama-sama lah kita mencegahnya. Mencegah lebih baik daripada merawat.