Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









#save the date: 1 julai 2012
Monday, July 2, 2012 | 11:26:00 AM | 5 comments

Bismillahirrahmanirrahim.

1 julai bermakna hari jadi aku. Jika ada sesiapa belum wish cepat wish sekarang! HAHA


1 JULAI 1990 hari pertama kali aku melihat dunia. Terima kasih ibu, terima kasih ayah. Terima kasih ya Allah atas nikmatMu yang paling besar-'Nyawa'. Alhamdulillah...Ya Allah atas usia yang Kau telah berikan. Angka 22 ini bukan lah sedikit. Malah cukup lama bagi aku untuk bernafas dengan udara yang telah Kau beri percuma. Terima kasih juga dengan rezeki yang Engkau telah berikan. Sesungguhnya sudah banyak yang Engkau kurniakan...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Ampunkan Aku Ya Allah pabila sering merintih nasibku dihadapanMu. Aku mengaku aku hanyalah hambamu yang hina dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran, adakalanya aku kegoyahan iman, adakalanya aku kurang kesungguhan, adakalanya aku mudah terikut hasutan syaitan. Namun Engkaulah penciptaku yang penyayang, Kau tetap pimpin aku bawa aku lari dari kesesatan. Hamdalah, aku bersyukur Ya Allah.

Terima kasih Ya allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah yang maha besar.

Doaku pada hari paling istimewa ini agar Kau pelihara aku dan insan sekelilingku supaya sentiasa berpegang teguh pada taliMu. Amin ya Rabb...

p/s: Salam cinta kasih dan sayang kepada semua yang bersusah payah raikan hari kelahiran aku pada malam tu & kejadian 'bertepung tawar' itu tak akan aku lupakan. Juga hadiah yang sangat bermakna. Kamu semua pelengkap aku, tahu? (",)