Yang bertutup itu indah
Saturday, October 26, 2013 | 8:27:00 PM | 0 comments

Bismillah..Allahu Akbar.
Allah Maha Besar.
Jangan kau sangka
LABUH TUDUNGKU
Tanda alimnya diriku
Aku juda seperti mu
Masih mencari-cari
Segenap cahaya
Buat menerangi
Perjalanan ini.
Kerana tudungku ini
Bukan sekadar menutupi
Tetapi melindungi
Juga mengingatkan diri
Menjaga & membatasi gerak geri
Kerana Akhlak itu pagar diri.
Sekali lagi mengingatkan diri
Yang tertutup itu indah
Jadi bersabarlah.
MUJAHADAH....memang payah kerana syurga itu Teramatlah Indah.
Melaka.
26/10/2013
Cantik mereka kerana Iman Taqwa
Sunday, October 13, 2013 | 4:47:00 PM | 0 comments
Bismillahirahmanirrahim...

"Ya Allah, izinkan bagi saudaraku ini menjadi sekuntum bunga yang dihiasi dengan kelopak Akhlak mulia.
Harum wanginya dgn ilmu agama, Cantiknya kerana Iman & Taqwa.
Namun, keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi.
Bukan perhatian mata ajnabi, yang menjadi fitnah hati lelaki yang beriwa sepi.
Wajahnya bukan mengundang dosa. Timbulkan duri yang memagari dirinya,
agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkn haruman sejati,
yang memudaratkan kecantikan diri...
untuk KAU calonkan ia sebagai Bidadari syurgaMU.
Aminnnnn....."
Salam mujahidah perindu setanggi syurga.
13/10/2013
Melaka.


