Welcome to Hikayat Seri Manja's Territory. Be nice here. Thank you. Follow | Dashboard
Hikayat Seri Manja
Shout Here






Blog Archive









Mendaki bersama keluarga tercinta...Sempat lagi bergambar


Berehat di Sungai Tekala, Semenyih sambil menikmati keindahan alam

Manfaatkan cuti dan hujung minggu anda bersama insan tersayang sambil release tension. Tinggalkan dahulu kerja-kerja atau rutin harian yang memeningkan kepala. Bina emosi dan spiritual yang positif bersama persekitaran yang positif ^_^ 


Kurangkan kontroversi, Tingkatkan prestasi. Jumpa lagi :)




BROGA_HILL, xpdc buang lemak
Friday, November 16, 2012 | 10:27:00 AM | 2 comments
Assalamualaikum...

Broga Hill atau nama saintifiknya Bukit Broga yang lokasinya terletak di Semenyih. Salah satu bukit yang pernah menjadi lokasi pilihan untuk majlis pra perkahwinan angkasawan Negara kita, Dr.Sheikh Muzaphar Shukor bersama isterinya Dr.Harlina. Lihat gambar



Selain nak share ngan korang mengenai pendakian aku bersama family tercinta, ada sedikit perkongsian atau beberapa Tips Jom Mendaki yang aku nak higlightkan disini. 

Tips #1:
Rancang perjalanan. Perhatikan cuaca. Jangan lakukan pendakian ketika waktu hujan kerana merbahaya. Tunaikan solat subuh di awal waktu. Berdoa agar sepanjang pendakian berjalan lancar tanpa sebarang musibah.

Tips #2:
Pagi sebelum mendaki haruslah mengambil sarapan yang sederhana. cukup sekadar dua keping roti dan air mineral. Tak payah pergi melantak roti canai 5 keping or nasi lemak sampai 3 bungkus. *INGAT! Jangan makan terlalu banyak hingga tak larat hendak berjalan akibat terlalu kenyang. 

Tips #3:
Pakai baju yang simple tapi serap peluh. Bawa bersama sehelai tuala kecil, lampu suluh dan sebotol air mineral. *kalau aku, baru separuh jalan dah kering tekak ni...memang tak rugi pun lah kalau bawa air. Aksesori lain seperti kamera, beg galas, jam (yang tu optional, kalau perasan diri tu artis, better bawa. kahkahkah)


Tips #4:
Waktu yang paling sesuai untuk mulakan pendakian adalah seawal 6 pagi. Dalam lebih kurang setengah jam  pendakian dah sampai ke puncak bukit. Udara yang nyaman dan suasana yang dingin cukup memberikan ketenangan emosi dan tubuh badan kita. Berehatlah sambil melihat matahari terbit sambil memuji kebesaran tuhan yang maha Esa.

Tips #5:
Pakai kasut yang sesuai/lasak untuk lakukan aktiviti outdoor. Jangan terlalu ketat dan jangan pula terlalu longgar. Pastikan tapak kasut kukuh dan masih boleh mencengkam kerana kadang-kadang terdapat permukaan tanah dan batu yang licin. Ini mungin membahayakan.

Tips #6:
Semasa memulakan aktiviti menuruni bukit, lakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Jangan terlalu gopoh kerana akan menyebabkan anda cuai dan hilang imbangan tubuh badan. Bertolak ansur dan beri laluan kepada pendaki lain. Ada pendapat mengatakan turun lebih bahaya dan sukar berbanding naik. Jadi, faham-fahamlah ye.

Sekadar berkongsi, kalau setuju ikut lah. Jikalau rasa macam merepek atau tak masuk akal sila abaikan saja tips ini okey :)

Sedikit halwa mata
Mendaki bersama keluarga tercinta...Sempat lagi bergambar


Berehat di Sungai Tekala, Semenyih sambil menikmati keindahan alam

Manfaatkan cuti dan hujung minggu anda bersama insan tersayang sambil release tension. Tinggalkan dahulu kerja-kerja atau rutin harian yang memeningkan kepala. Bina emosi dan spiritual yang positif bersama persekitaran yang positif ^_^ 


Kurangkan kontroversi, Tingkatkan prestasi. Jumpa lagi :)